Telah berlangsung Kunjungan Penasihat Agama Kedutaan Arab Saudi Di Kuala Lumpur Syeikh Abdurrahman Al Harfy ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) pada 30 Oktober 2015. Syeikh Abdurrahman Al Harfy merupakan Penasihat Agama Kedutaan Arab Saudi Di Kuala Lumpur yang bahari bagi menggantikan Syeikh Abd Rahman Al Bulaihiy yang bersara pada pertengahag Oktober baru-baru ini . Telah mengiringi kunjungan beliau ke MEDIU ialah pegawai di Pejabat Penasihat Agama Kedutaan Arab Saudi, Ustaz Ahmad Fazrin Bin Yahaya.
Ketibaan Syeikh Abdurrahman Al Harfy telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi dengan diiringi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Madya Dr.Hj. Wan Mat Hj Sulaiman. Prof. Dr. Muhammad Khalifa amat mengalu-alukan kunjungan beliau dan menyatakan rasa gembiranya diatas lawatan tersebut.
Seterusnya Penasihat Agama Kedutaan Arab Saudi itu telah diberi penerangan berkenaan sistem pengajian yang diguna pakai di MEDIU, berhubung perkembangan kursus yang telah ditawarkan di MEDIU yang telah memperolehi akraditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan perkembangan kampus baharu MEDIU yang kini dalam usaha melengkapkan bangunan yang terletak di Seksyen U1, Shah Alam. Bangunan yang terdiri daripada 15 tingkat itu sedang dilengkapi kemudahan ruang pusat pembelajaran dan akademik serta pejabat pentadbiran bagi menyediakan kemudahan asas yang lebih bersistematik, berkualiti dan bertaraf antarabangsa kepada para pelajar tempatan dan luar negara. yang lebih praktis dengan kepantasan dan kelajuan teknologi terkini yang memberi kemudahan kepada pelajar di seluruh dunia. Pada sesi taklimat tersebut belah telah didedahkan berhubung perkembangan terbaharu MEDIU yang telah berjaya memberikan perkhidmatan kepada pelajar-pelajar daripada 90 buah negara dengan tawaran pengajian yang merangkumi 70 kursus melalui Fakulti Pengajian Islam, Fakulti Bahasa, Fakulti Pentadbiran Perniagaan, Fakulti Teknologi Maklumat, Fakulti Pendidikan, Fakulti Kewangan dan Fakulti Kejurutaraan.
Penasihat Agama Kedutaan Arab Saudi Di Kuala Lumpur juga telah mengadakan lawatan ke Pusat Pembelajaran MEDIU yang serba lengkap dengan kualiti pendidikan bertaraf antarabangsa di Plaza Masalam dan kampus baharu MEDIU yang terletak di Seksyen U1. Sejurus selepas lawatan, beliau telah menyatakan rasa kagumnya dengan pencapaian yang telah dimiliki oleh MEDIU khususnya kemudahan di dalam program yang diperkenalkan yang telah mendapat pengiktirapan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan beberapa negara di Timur Tengah. Lebih membanggakan, Pencapaian MEDIU dalam teknologi yang diguna pakai, MEDIU telah memperkenalkan bentuk pengajian yang mengkagumkan dengan kombinasi pengajian di dalam kampus dan pengajian secara jarak jauh yang terbuka melalui atas talian yang boleh dipelajari di mana sahaja pelajar berada.
“Saya amat gembira kerana pada hari ini saya dapat melihat dengan sendiri suasana di kampus ini dengan maklumat yang terperinci dan lengkap daripada pegawai di sini. Alhamdulillah, diatas kesempatan yang telah diberikan bagi meninjau perkembanagn MEDIU yang lebih unik dan istimewa ini. Saya amat gembira dengan usaha yang telah dilangsungkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi dan mendoakan agar beliau sentiasa dilindungi oleh Allah dan membimbing beliau universiti ke arah yang lebih baik. “”, ujar beliau