Bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan menjaga kualiti dalam sektor akademik, Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menganjurkan Bengkel Penggubalan Soalan kepada para pensyarah dan kakitangan akademiknya. Bengkel yang telah berlangsung selama satu hari dengan penganjuran bersama diantara Fakulti Bahasa dan Fakulti Pengajian Islam itu telah berlangsung pada 6 November 2015 bertempat di Dewan Kuliyah, Tingkat 14, Plaza Masalam.
Perasmian bengkel tersebut telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr Wan Mat Bin Hj. Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Akademik Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU).