Kunjungan Hormat wakil Yayasan Pendidikan Salekon Ke Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi pada 9 November 2015.
Mewakili yayasan dari Negara Yaman itu ialah Dr.Saleh Numan Nadiri, yang merupakan Ahli Majlis Yayasan Pendidikan Salekon dan Dr.Fahad Al-Hitar, Pengarah di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan.
Turut serta mengiringi Prof. Dr. Mohammad Khalifa ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) Prof. Madya Dr. AB Rahim Ismail, Pengarah Pusat Latihan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat, En. Abdulkarem Mohammed Hussein Al-Rawdhi dan Ketua Jabatan Latihan dan Pembangunan Pentadbiran, En. Abdilahi Liban.
Kunjungan wakil Yayasan Pendidikan Salekon itu bertujuan bagi mengukuhkan hubungan yang sedia ada , meninjau perkembangan Universiti Antarabangsa Al-Madinah dan perbincangan untuk jalinan kerjasama diantara dua hala. Beliau juga turut mengadakan lawatan sekitar kampus MEDIU termasuklah Pusat Pembelajaran dan mengadakan pertemuan bersama kakitangan dan pelajar MEDIU.