Telah berlangsung kunjungan delegasi Dari Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) pada tarikh 17 November 2015. Lawatan bersama agenda memantapkan program Akademik dalam pembangunan sektor pendidikan tinggi negara ini telah diketuai oleh Prof Dr. Hj. Hazman Shah Vijayan Abdullah, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MQA. Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi, Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengalukan ketibaan delegasi dengan diiringi oleh Prof. Madya Dr. Hj Wan Mat Bin Hj Sulaiman Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Akademik), Prof Madya Dr. Ab Rahim Ismail Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Penyelidikan dan Pembangunan), Prof. Madya Dr. Daud Abdul Quadir Elega Dekan Fakulti Bahasa, Dr Najeeb Abbas Al-Sammarraie, Dekan Fakulti Komputer & Teknologi Maklumat dan Dr. Usman Jakfar Dekan Fakulti Pengajian Islam.
Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency, MQA) merupakan agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi yang ditubuhkan dengan penggabungan Lembaga Akreditasi Negara (LAN) yang mengawal kualiti program pengajian di Institusi Pengajian Tinggi. MQA juga adalah pemegang amanah Kerangka Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Framework, MQF)
Lawatan untuk Program Pembangunan Dalam Sektor Pendidikan Tinggi Negara pada kali ini adalah lebih memfokuskan bagi kursus-kursus seperti berikut:
1. Foundation in Arabic Language and Islamic (MQA/FA 2387)
2. Bachelor of Islamic Science (Hons) in Arabic Language and Literature (MQA/FA 0769)
3. Master in Arabic Literature and Literary Criticsm (MQA/FA 0771)
4. Mastre in Arabic Language (MQA/FA 0778)
5. Master in Qada and Siyasah Shar’iyyah (MQA/FA 0772)
6. Master in Tafsir and Ulum Al-Quran (MQA/FA 0776)
7. Master in Da’wah (MQA/FA 0779)
8. Master in Fiqh Al-Sunnah (MQA/FA 0777)
9. Bachelor of Islamic Scinece (Hons) in Fiqh and Usul Fiqh (MQA/FA 0765)
10. Master in Fiqh (MQA/FA 0774)
11. Master in Usul Al-Fiqh (MQA/FA 0775)
12. Bachelor of Information Technology in Management Information System (Hons) (MQA/FA 0786)
13. Master of Science in Information and Communication Technology (MQA/FA 0354)
14. Master of Science in Information and Communication Technology (Structure B and C) (MQA/FA 0800)
15. Bachelor of Information Technology in Management Information System (Hons) (A 9479)
16. Doctor of Philosophy (PhD) in Business Management (MQA/FA 0388)
17. Master of Business Management (MQA/FA 0446)
18. Master in Islamic Banking and Finance (MQA/FA 0448)
19. Master in Economics (MQA/FA 0449)
Turut serta mewakili badan kerajaan itu ialah enam orang pegawai dan lapan orang panel yang terdiri daripada Dekan dan Ketua Jabatan dari beberapa buah universiti tempatan.