fbpx

Kunjungan Naib Canselor UNITAR Ke MEDIU

Kunjungan Naib Canselor UNITAR Ke MEDIU

Naib Canselor UNITAR International University, Y.Bhg. Prof. Madya Dr. Sakina Sofia Baharom telah mengadakan kunjungan ke pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi pada 20 November 2015. Delegasi dari UNITAR turut disertai oleh Pengurus Pejabat Naib Canselor En. Ijlal Mohd Nadzir, Ketua Pengurusan Bahagian Kawalan Kualiti Puan Nor Haizan Haromshah, Ketua Pusat Pembelajaran Inovasi dan Kecemerlangan (Centre for Learning Innovation and Excellence, CLIEx) Puan Zaihasriza Idris, Ketua Pejabat Naib Canselor En. Mohamad Shah Andrew Ibrahim dan Eksekutif Kanan Pejabat Naib Canselor En. Arif Fahmi Adnan.

Ketibaan Prof. Madya Dr. Sakina Sofia ke MEDIU telah disambut oleh Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi dengan diiringi oleh Prof. Madya Dr. Hj Wan Mat Bin Hj Sulaiman Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Akademik), Prof Madya Dr. Ab Rahim Ismail Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Penyelidikan dan Pembangunan), Pegawai teknikal di Jabatan Teknologi Maklumat iaitu En. Yazeed Al-Sayed Ali Al Moayed, En. Zainul Azhan Ahmad Bashir dan beberapa orang pegawai di Jabatan Perhubungan Awam dan Jabatan Pemasaran iaitu En. Ahmad Fallatah, En Jamaluddin Hussain, Puan Nurul Hazuieen Abd Hakim, En. Mohd Sahrin Abd Rahman dan En. Toury Mahey.

Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU amat mengalu-alukan kehadiran beliau dan menyatakan rasa gembiranya di atas kunjungan tersebut. Naib Canselor UNITAR dan delegasi telah diberi penerangan berkenaan sistem pengajian yang diguna pakai di MEDIU yang lebih praktis dengan kepantasan dan kelajuan teknologi terkini yang memberi kemudahan kepada pelajar di seluruh dunia.

Sebelum itu Ketua Pegawai Eksekuti MEDIU, Prof Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi menyatakan bahawa pemilihan Malaysia sebagai Kampus Utama MEDIU ialah kerana Malaysia memiliki kemajuan dan keupayaan yang tinggi dalam bidang teknologi maklumat , memiliki pembangunan yang bersifat tranformasi kearah memacu ekonomi negara dan kestabilan politik yang telah dicapai sekian lama.

Kunjungan Delegasi dari UNITAR International University ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) pada kali ini ialah bagi mengukuhkan hubungan yang telah dijalinkan, meninjau perkembangan Universiti Antarabangsa Al-Madinah dan perbincangan untuk jalinan kerjasama yang lebih khusus dalam bidang ICT terutamanya berkaitan Sistem Pengurusan Kampus (CMS) yang merupakan satu keperluan bagi semua jabatan dan fakulti di Institusi Pendidikan Tinggi dan terbukti telah membentuk jalinan kerja yang lebih profesional bagi memproses data berkaitan akademik dan pelajar termasuk proses merekodkan, menyusun dan menganalisis. Perbincangan juga merangkumi teknik pembelajaran secara E-Pembelajaran yang lebih mesra pengguna kerana ia memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru yang memudahkan pelajar diseluruh dunia untuk mengikuti pengajian yang disediakan oleh universiti.

Pada akhir pertemuan Ketua Pegawai Eksekutit Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menyatakan minat untuk terus menjalinkan kerjasama bersama UNITAR  dalam pembangunan akademik bagi meneruskan kelancaran dalam sektor pendidikan tinggi negara.