Ketua Pegawai Eksekutif Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Prof. Dr. MUhammad Khalifa Al-Tamimi telah dijemput bagi meraikan anak Arab Saudi yang telah tamat pengajian peringkat menara gading di Malaysia dalam program Hari Anugerah Kecemerlangan Graduan Arab Saudi anjuran Jabatan Kebudayaan dan Pendidikan, Kementerian Pendidikan Arab Saudi Di Kuala Lumpur.
Acara yang telah diadakan pada 19 November 2015 itu telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Duta Besar Arab Saudi di Kuala Lumpur Tuan Fahd Bin Abdullah Al-Rashid. Turut bersama meraikan graduan dari pelbagai universiti di Malaysia itu ialah Penasihat Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur Y.Bhg. Syeikh Abdurrahman Al Harfy dan Atase Kebudayaan dan Pendidikan Arab Saudi Di Kuala Lumpur Prof. Dr. Zaid Al Harithy.