fbpx

MEDIU Tandatangan MoU Bersama Universiti Najaah, Burou

MEDIU Tandatangan MoU Bersama Universiti Najaah, Burou

Majlis Tandatangan MoU Diantara Universiti Antarabangsa Al-Madinah dengan Najaah Universiti, Burou, Republik Somaliland. Majlis tandatangan bersama universiti Islam dari Afrika ini telah diadakan di MEDIU pada 3 Februari 2016,bertempat di Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Shah Alam.

Mewakili MEDIU ialah Prof. Dr Muhammad Khalifa Al-Tamimi, Ketua Pegawai Eksekutif, manakala Universiti Najaah diwakili oleh Dekan Fakulti Syariahnya iaitu Dr. Abdullah Syeikh Mubarak. Telah menyaksikan bagi pihak MEDIU ialah Prof. Madya Dr. AB Rahim Ismail Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan dan bagi pihak Universiti Najaah ialah En. Mohammad Irzam Arief

Perjanjian tersebut merangkumi kerjasama dalam bidang akademik khusus Pengajian Islam dan Bahasa Arab, latihan kemahiran, penterjemahan, kemasukan dan pertukaran pelajar dan penggunaan Perpustakaan Digital MEDIU.

Menurut Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi bahawa pihak MEDIU amat mengalu-alukan persefahaman seperti ini dan berharap agar kerjasama strategik yang boleh membawa kepada pembentukan program berimpak tinggi dapat direalisasikan. Secara amnya beliau amat berharap MEDIU dan Universiti Najaah dapat menjalankan kerjasama yang boleh membawa kepada transformasi dalam pembangunan kedua belah pihak. “Kini telah tiba masa untuk Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara bekerjasama lebih erat demi memastikan hasrat kerajaan kearah menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan bertaraf antarabangsa dapat direalisasikan dengan jayanya”. Ujar Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi.