Program Wacana Ilmu Bersama Prof. Dr. Amin Mohammad Salam Al-manasyeh (Pensyarah dan Mantan Dekan di Fakulti shariah, University Mu’tah, Jordan) telah berlangsung pada 23 Januari 2016 baru-baru ini. Prof. Dr. Amin Mohammad Salam Al-manasyeh yang merupakan yang merupakan ulama’ tersohor dari Jordan itu adalah merupakan graduan dari Universiti Islam Madinah. Beliau telah mengupas berkaitan kepentingan dalam menuntut ilmu pengetahuan.
Beliau menegaskan bahawa perkara yang paling penting bagi sesorang insan ialah menuntut ilmu. Sebab itulah terdapat banyak hadith Rasulullah S.A.W yang amat menekankan tentang ilmu pengetahun, bahkan baginda yang merupakan pesuruh Allah dan sebaik-baik manusia telah meninggalkan satu doa untuk ummatnya beramal. Doa tersebut ialah رب زدني علما وارزقني فهما
Yang bermaksud “Ya Allah! Tambahkanlah kepadaku Ilmu dan kurniakanlah kepadaku kefahaman”.
Katanya lagi, di dalam Al Quran juga Allah Subhanahu Wataala telah mewahyukan dengan doa ini pada surah Toha, ayat yang ke 14……
وَقُل رَّبِّ زِدْنِي عِلْمًا
dan hendaklah berdoa “ رَّبِّ زِدْنِي عِلْمًا “
Beliau yang telah menguasai sepuluh bahasa utama di dunia dan pernah tinggal di Amerika Syarikat bagi menyambung pengajian di peringkat sarjana itu turut menempelak golongan anti Islam yang cuba melabelkan ummat Islam dengan keganasan. Katanya bahawa ajaran yang terkandung di dalan agama Islam tidak wujud walaupun sedikit unsur-unsur keganasan dan rusuhan, bahkan sentiasa menyeru ummatnya dengan sifat lemah lembut dengan membina kesejahteraan dan perpaduan.
Prof. Dr. Amin Mohammad Salam Al-manasyeh yang pernah menjawat jawatan Mufti di sebuah wilayah di Jordan adalah merupakan pendakwah yang turut aktif dalam penulisan terutama yang berkaitan Tafsir al-Quran, Dakwah, Perbandingan Agama dan lain-lain lagi.
Sebahagian dari hasil penulisannya ialah buku yang bertajuk “peranan Agama Islam dalam Kurun ke 20” didalam Bahasa Inggeris, “Hukum Pembahagian Pusaka, Wasiat, Hebah dan Waqaf dari pespektif Syariah Islam”, “Dakwah Nabi Musa di dalam al Quran”, “Waqaf dari perspektif Syariah Islamiah dan peranannya dalam pembangunan”, “Tafsir Lailatul Qadr”, “Haq Wanita dari perspektif agama Islam” dan “Ensiklopedia Dakwah”
Turut memberikan ucapan bagi mewakili MEDIU ialah Penolong Profesor Dr. Elsayed Mohamed Salem, Pensyarah di Fakulti Bahasa. Dr. Elsayed Mohamed Salem amat berbangga dengan kesungguhan rakyat Malaysia dan Asia Tenggara yang berusaha penuh untuk menguasai ilmu Bahasa Arab “Lebih lima tahun saya di Asia Tenggara, saya melihat manusia yang bercakap dengan Bahasa Melayu amat mengambil berat untuk menguasai Bahasa Arab dan menyanjungi Bahasa Arab yang merupakan Bahasa Al-Quran”. Ujar Dr. Dr. Elsayed Mohamed Salem. Beliau yang merupakan warganegara Mesir yang petah berbahasa Melayu itu telah memberi penekanan di dalam ucapannya agar peserta yang hadir teruskan agenda menguasai Bahasa arab secara keseluruhan yang merangkumi percakapan dan penulisan kerana ianya amat membantu dalam hubungan yang lebih gelobal disamping membuktikan kecintaan kepada Bahasa al Quran.
Program Wacana Ilmu ini telah dihadiri lebih dari 150 orang peserta terdiri daripada kakitangan kerajaan dan swasta, guru, mahsiswa Institusi Pengajian Tinggi, bekas-bekas pelajar Universiti Muktah dan tidak terkecuali juga Pendakwah terkenal tanahair iaitu Y.Bhg. Ustaz Harryanto Rizal Rokman yang turut bersama menjayakan wacana ilmu ini.
Program yang telah dimoderator oleh Dr. Ahmad Osman ini juga turut disertai oleh Dekan di Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Dr. Yousef Abu Baker El-Ebiary, Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat En Abdullah Usof, Ketua Jabatan Perhubungan Awam, En Jamaluddin Hussain, Eksekutif Jabatan Perhubungan Awam, Puan Nurul Hazuieen Abd Hakim, Eksekutif Jabatan Pemasaran, En. Aiman Sufian, Pegawai di Bahagian Teknologi Maklumat,
Dzulhafiz Bin Dzulkafli dan dua Pegawai di Bahagian Hal Ehwal Pelajar iaitu En Muhammad Arsyad Aslam dan En Abu Bakar Ghali.
Pada akhir program MEDIU telah menarik perhatian peserta berkaitan program dan kursus yang ditawarkan di MEDIU serta peranan MEDIU yang menjadi wadah baru dan kontemporari dengan menyediakan pengajian melalui pembelajaran secara maya (on line) dan konvensional (on campus) beserta tawaran pengajian inovatif dalam bidang pengajian yang pelbagai disamping merealisasikan cita-cita dan visi kerajaan Malaysia untuk ‘Mengantarabangsakan Pengajian Tinggi’. Melalui bicara santai oleh En. Aiman Sufian , Eksekutif Jabatan Pemasaran, telah menjelaskan tentang pengajian terdapat di MEDIU dari enam (6) fakulti dengan kursus pengajian lebih dari 40 kursus yang telah mendapat akraditasi penuh dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) .