Pertemuan Khas Kepimpinan Tertinggi Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) Bersama Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Dato’ Seri Idris Bin Jusoh pada 13 Mac 2016 di Putrajaya.
YM Putra Dr Bandar Bin Salman Al-Saud telah mengetuai kepimpinan tertinggi MEDIU bertemu Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia pada satu pertemuan khas yang telah diatur oleh Bahagian Perhubungan Antarabangsa Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia.
Turut Bersama ialah Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU,Prof. Dr.Muhammad Khalifa Al-Tamimi, Duta Arab Saudi Di Kuala Lumpur, Y.Bhg. Tuan Dr. Fahd Bin Abdullah Al-Rashid, Pegawai-Pegawai di Bahagian Perhubungan Antarabangsa Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan Pegawai-Pegawai di Pejabat Menteri Pendidikan Tinggi.
Telah mengiringi kepimpinan tertinggi MEDIU ialah Pengurus Bahagian Pentadbiran, En. Fuad Ahmad Bin Umar Al-As dan Ketua Jabatan Perhubungan Awam, En. Jamaluddin Bin Hussain.