Program Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) bersama masyarakattelah berlangsung di Surau Al-Amin, Seksyen 18, Shah Alam. Program yang melibatkan Kakitangan, Pensyarah dan Siswa MEDIU ini telah diadakan pada 9 April 2016 dengan kerjasama Pemimipin Masyarakat Bahagian Shah Alam, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Surau Al-Amin dan penduduk Seksyen 18, Bandaraya Shah Alam.
Program gotong royong bagi membersihkan Surau Al-Amin dan kawasan persekitaranya itu telah dihadiri oleh Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azahari Bin Syaari dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Shah Alam, Dato’ Nor Hisham Bin Ses.
Diantara aktiviti yang dijalankan ialah bertaaruf dikalangan peserta, mencuci dan membersihkan surau dan persekitarannya serta penyerahan Al Quran kepada Surau Al-Amin.
“Program ini cukup bermakna bagi saya menimba pengalaman dan hubungan persaudaraan bersama masyarakat di sini. Saya dapat melihat dengan sendiri keperihatinan masyarakat disini dalam memelihara rumah ibadat dan hubungan dengan al Quran dan merasai sendiri kebaikan dan ramah mesra dari mereka. Penduduk di sini tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar kepada kami. Saya akan memastikan untuk tidak terlepas dari menyertai program sebegini pada masa akan datang”. Menurut kenyataan peserta yang merupakan pelajar semester 5, Fakulti Kejuruteraan, Abu Bakar Abdullahi dari Wilayah Kaduna, Nigeria.
“Dapat meluangkan waktu untuk berbakti bersama masyarakat merupakan satu kepuasann bagi saya. Pelbagai pengalaman dapat dikaut sebagai bekalan untuk kami pulang ke negara asal nanti. Saya akan memberi kemitmen sepenuhnya sekiranya terdapat aktiviti seperti lagi selepas ini”. Zakirul Islam, Pelajar dari Bangladesh
Kakitangan yang mewakili MEDIU ialah :
Prof. Madya Dr. Ayman Aied Mohammed Mamdouh – Ketua Delegasi MEDIU dan Dekan Fakulti Pendidikan (asal Egypt)
Prof. Madya Dr. Ashraff Hasan Mohammad – Dekan Pusat Pasca Siswazah (asal Egypt)
Prof. Madya Dr. Khaled Hamdy AbdelKarim Kassem – Pensyarah Fakulti Pengajian Islam (asal Egypt)
En. Jamaluddin Hussain -Ketua Jab. Perhubungan Awam
Pn Nurul Hazuieen Abd Hakim –Ketua Unit Pengaturcara dan Pengurusan Persidangan
En. Ahmad Syakir Bin Asri – Kakitangan Jabatan Perkhidmatan Korporat