Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) meneruskan Program Bantuan Kemanusian Bersama Muhajirin Rohingya. Pada kali ini lokasi yang dituju ialah Pusat Penempatan Migran Rohingya yang bertempat di Depot Tahanan Imigresen Belantik, Sik, Kedah iaitu pada 10 April 2016.
Program ini telah dianjurkan oleh Jabatan Perhubungan Awam MEDIU dan Mewakili MEDIU untuk misi ini ialah En. Ahmad Bin Hamid Albalawi yang merupakan pensyarah di Fakulti Bahasa.
Misi ini telah mendapat kerjasama sepenuhnya daripada Jabatan Imigresen dan kakitangan Depot Tahanan Imigresen Belantik. “MEDIU merakamkan ribuan terima kasih diatas kerjasama yang diberikan oleh kakitangan Imigresen khususnya kakitangan Depot Tahanan Imigresen Belantik, Komanden Depot iaitu Tuan Amir dan aktivis kemanusiaan En.Tarmizi Ahmad”. Ujar Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Muhammad Khalifa Altamimi.