Sekali lagi catatan bersejarah buat Universiti bertaraf antarabangsa ini apabila berlangsungnya majlis tandatangan MOU diantara Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) dengan Fajar Hidayah International, Indonesia pada 15 Jun 2016. Majlis yang bersejarah ini telah diadakan di Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Shah Alam, Selangor.
Mewakili MEDIU menandatangani MOU ialah Prof. Madya Dr. Ab Rahim Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (penyelidikan dan pembangunan), manakala Fajar Hidayah International telah diwakili oleh Prof. Dr. Azizan Ahmad dengan disaksikan oleh Dr. Bakare Kazeem bagi pihak MEDIU dan Tuan Meridas Eka Yora bagi pihak Fajar Hidayah International.
Turut menyertai delegasi dari Fajar Hidayah International ialah Ibu Draga Rangkuti dan Encik Mohamad Fadzil Husin.