Penyerahan Al Quran Untuk Masjid Kami di daerah Pasir Mas, Kelantan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) pada 15 Jun 2016. Sumbangan waqaf Al-Quran itu telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU ( Hal Ehwal Akademik) Prof. Madya Dr Hj. Wan Mat Hj Sulaiman.
Mewakili Masjid Kami yang terletak di kampung Kubang Batang, Pasir Mas ialah Y.Bhg. Dr Nawi Bin Jusuf yang merupakan Pengerusi jawatankuasa masjid dan pemegang amanah. Turut serta pada majlis penyerahan ini ialah Ahli Lembaga Pengarah MEDIU, Prof. Ir. Dr. Wan Mahmood Bin Ab Majid, Prof. Madya Dr. Ab Rahim Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (penyelidikan dan pembangunan), Prof Madya Dr. Ashraff Hasan Mohammad, Dekan Institut Pasca Siswazah, Puan Raja Roslawati Raja Ismail, Ketua Bahagian Kewangan dan En. Jamaluddin Hussain, Ketua Jabatan Perhubungan Awam