Kunjungan delegasi dari Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) telah berlangsung pada 10 Ogos 2016 baru-baru ini . Delegasi yang diketuai diketuai oleh Y.Bhg. Mejar (K) Dr. Mohd Mizan bin Mohammad Aslam, Rektor KUIPs itu telah turut disertai oleh Y.Bhg. Sohibus Samahah Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Negeri Perlis Ke MEDIU. Turut bersama Tuan Haji Mohd Nazim Bin Mohd Noor, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Ustaz Roesfan Sazzerin Mohd Sofi, Pengurus di KUIPs dan Ustaz Nidzamuddin Bin Zakaria yang mewakili Lembaga Pengarah KUIPs,
Ketibaan para tetamu telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Y.Bhg. Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi dengan diiringi Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU Bahagian Akademik, Prof. Madya Dr Hj. Wan Mat Hj Sulaiman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Pelajar) Prof. Dr. Wan Sulaiman Wan Yusoff dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Penyelidikan dan Pembangunan), Prof. Madya Dr. Ab Rahim Ismail. Turut serta ialah Ketua Jabatan Teknologi Perkhidmatan dan Infrastruktur, En. Yazeed AlSayed Ali Al Moayed, Ketua Unit Pembangunan Sistem, Encik Zainul Azhan Bin Ahmad Bashir dan Eksekutif Perhubungan Awam, Puan Nurul Hazuieen Abd Hakim dan En Toury Mahey
Turut berlangsung ialah Majlis menandatangani MOU diantara Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) dan Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs). Mewakili MEDIU menandatangani perjanjian tersebut ialah Y.Bhg Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi, Ketua Pegawai Eksekutif, manakala KUIPs telah diwakili oleh rektornya, Y.Bhg.Mejar (K) Dr. Mohd Mizan bin Mohammad Aslam. Telah menyaksikan Majlis menandatangani MOU ini ialah Y.Bhg. SS. Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin Mufti Negeri Perlis
Beberapa hari yang lalu Pejabat Y.Bhg Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU turut menerima kunjungan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang diketuai oleh Y.Bhg. Tuan Hj. Abdul Halem Hapiz Bin Salihin, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor dan turut disertai oleh Tuan Hj. Mahfuz Mohamad, Ahli Jawatankuasa Tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).






