fbpx

Hari Orientasi Pelajar Baru-Malaysia (Pengambilan September 2016)

Universiti Antarabangsa A-Madinah (MEDIU) telah mengadakan satu majlis orientasi bagi mengalu-alukan pelajar baru bagi pengambilan September 2016 yang telah diadakan pada hari Selasa, 6 September 2016. Sebanyak tujuh puluh lima (75) orang pelajar Malaysia mengikuti program universiti dimana kebanyakannya megambil jurusan Asasi Bahasa Arab dan Pengajian Islam, Ijazah Sarjana Muda Bahasa (Kepujian) Bahasa Arab & Kesusasteraan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Islam. Program orientasi diadakan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar yang diketuai oleh Dekan Hal Ehwal Pelajar, Asst. Prof. Dr. Yousef Abu Baker El-Ebiary dan Pengerusi jawatankuasa Orientasi; Puan Bibi Asma ‘Sher Mohamad, Ketua Jabatan Perkhidmatan Pelajar.

Program orientasi bermula dengan ucapan alu-aluan oleh Encik Mohd Shahrin Ab Rahman, Ketua Pemasaran. Diikuti dengan ucapan perasmian oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Bahagian Hal Ehwal Pelajar), Prof. Dr. Hj. Wan Sulaiman Bin Wan Yusoff dalam mengalu-alukan kedatangan pelajar baru dan ibu bapa mereka serta memberi penekanan akan kepentingan menuntut ilmu serta mempunyai kesabaran dan daya saing yang tinggi di sepanjang perjalanan menuntut ilmu pengetahuan. Para pelajar baru juga berpeluang untuk bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Dr. Mohammad Khalifa Ali Al-Tamimi yang memberikan ucapan alu-aluan dan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar di saksikan oleh Prof.Madya Dr.AB Rahim, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian R&D. Penerangan ringkas dari wakil Jabatan Perkhidmatan Pelajar, Encik Syed Mahbubul Alam Al-Hasani di dalam memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar untuk sentiasa kekal positif sepanjang pengajian di MEDIU dan menyatakan bahawa Bahagian Hal Ehwal Pelajar akan sentiasa membantu sedaya upaya serta memberikan perkhidamatan yang terbaik di dalam memenuhi keperluan para pelajar

Sesi orientasi diteruskan dengan sesi taklimat mengenai akademik, portal pelajar dan pembelajaran & sistem i-Management disampaikan oleh Encik Muhammad Arsyad Aslam Bin Mohammad Ali, hal-hal berkaitan peperiksaan dan rekod pelajar oleh Encik Azrul Nizam Maidin Kutti dan sesi bersama pustakawan, Encik Abdoulrahman Aljounaidi Mhd Ramez mengenai kelebihan dan akses kepada perpustakaan digital. Akhir sekali, satu sesi taklimat ringkas mengenai bantuan kewangan PTPTN dan pinjaman MARA telah disampaikan oleh Puan Nor Suhaza Mohmad Shah.