Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima kunjungan lawatan dari Universiti Tripoli, Libya pada hari Selasa, 6 September 2016. Kunjungan tersebut diketuai oleh Dr. Abdel Mawla al-Baghdadi dan disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif,Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi di pejabatnya. Tetamu kehormat menyatakan kegembiraan di atas lawatan muhibah, yang datang dalam rangka kerja untuk melihat ciri pembelajaran unik yang terdapat di MEDIU, melihat sendiri pencapaian universiti serta untuk menimba ilmu dan kepakaran di dalam pembangunan pembelajaran dengan menggunanakan bidang teknologi maklumat di dalam memastikan kualiti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan moden dan interaktif .
Dr. Abdel Mawla al-Baghdadi melahirkan rasa kegembiraan melihat sendiri akan penggunaan teknologi moden di dalam memberi sokongan kepada proses e-pembelajaran. Beliau juga memuji peranan universiti di dalam mengekalkan prinsip kualiti dalam pendidikan dan usaha kukuh yang dilaksanakan di dalam menyajikan kualiti pendidikan untuk memastikan generasi masa depan yang cerah.