Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menganjurkan tiga hari bengkel selama tiga hari yang bertajuk “Bengkel: Peranan Model Pendakwah” pada 5-7 September 2016 di Dewan Utama Universiti. Bengkel ini telah dianjurkan oleh Pusat Pendidikan dan Latihan Berterusan MEDIU dengan kerjasama Pusat Latihan dan Yayasan Pembangunan Qudwah, Riyadh.
Bengkel ini telah menarik hampir 42 orang penyertaan dari pelbagai jabatan dan organisasi awam, wakil akademik universiti dan agensi-agensi badan swasta. Program telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi dengan objektif utamanya adalah untuk meningkatkan pembangunan moral kemahiran dalam menyampaikan dakwah khatib, pengurusan aktiviti pendidikan dan mekanisme sebagai seorang pendakwah, melatih para pendakwah akan kepentingan berpengetahuan di dalam penggunaan kemahiran artikulasi, penilaian retorik di dalam menghasilkan seorang pendakwah yang berdedikasi.
Antara pembentang utama bengkel pendakwah ini adalah Dr. Jamal Yousef, Dr. Mubarak bin Mohammed Al Zanan, Dr. Fahad bin Mohammed Al-Hamdan dan Dr. Hamad bin Mohammad al-Salem dari Pusat Latihan dan Yayasan Pembangunan Qudwah.Para penceramah ini mempunyai pengalaman yang tinggi di dalam bidang dakwah dengan perkongsian ilmu bersama Liga Pembangunan Islam Sedunia dan Persatuan Pendakwah Islam Sedunia.