Universiti Antarabangsa Al-Madinah(MEDIU) baru-baru ini mengadakan majlis penutub bagi program Kem Bahasa Inggeris 2016 pada hari Rabu, 7 September 2016. Program bahasa Inggeris telah berlangsung hampir dua bulan itu telah menarik hampir 27 penyertaan para peserta khusunya dari rantau Timur Tengah. Kem Bahasa Inggeris tersebut merangkumi 240 jam program pembelajaran di dalam kemahiaran asas antaranya kemahiran mendengar, membaca, bercakap dan penulisan di dalam bahasa Inggeris.
Majlis penutup tersebut dihadiri oleh Dekan, Fakulti Bahasa dan Pengarah, Pusat Bahasa; Prof.Madya.Dr.Daud Quadir Elega dan Pengarah, Pusat Latihan dan Pendidikan; Encik Abdulkarem Mohammed Hussein Al-Rawdhi serta barisan guru-guru kem musim panas. Penyampaian sijil juga telah disampaikan oleh Prof.Madya Dr.AB Rahim Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan.
Program ini telah melengkapi para peserta di dalam kemahiran menangani dan berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris dan menggunakannya di dalam kehidupan seharian mereka serta menyediakan pengalaman pendidikan secara inklusif meliputi aspek budaya dan global amnya. Selain dari aktiviti bilik darjah, program ini juga diselang-seli dengan aktiviti kebudayaan, rekreasi dan pelancongan seperti melawat beberapa pusat tarikan pelancongan di Malaysia antaranya Putrajaya, Genting Highlands dan Melaka bagi membolehkan para peserta untuk mengamalkan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari semasa program dua bulan tersebut.