Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di bawah Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan telah mengadakan sesi bengkel Pangkalan Data Bibliografi bagi Artikel Jurnal Akademik (ISI/SCOPUS) pada hari Khamis, 1 September 2016. Sesi ini telah disampaikan oleh Prof.Madya.Dr. Muhammad Sabri Sahrir, yang berpengalaman dan kepakaran di dalam bidang ISI/SCOPUS dan merupakan seorang ahli akademik dari Jabatan Bahasa Arab dan Kesusasteraan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Bengkel sehari itu dikelolakan di bawah naungan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan, Prof.Madya Dr. AB Rahim Ismail dan dihadiri oleh para pensyarah akademik dan dekan fakulti.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk membantu para peserta di dalam menyediakan penerbitan jurnal artikel akademik, berkongsi strategi dan teknik-teknik berkesan di dalam penulisan artikel jurnal serta untuk membantu para peserta di dalam menerbitkan artikel mereka di dalam pangkalan data bibiliografi ISI/SCOPUS.
Antara topik yang diperbincangkan di dalam bengkel tersebut antara lain adalah Strategi Berkesan di dalam Penulisan Jurnal, Pemilihan Jurnal Berimpak Tinggi dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, Kriteria Penilaian Laporan Pengulas dan sebagainya.
Para peserta menzahirkan penghargaan di atas menjayakan bengkel tersebut di mana ia membantu mereka di dalam kemahiran penulisan artikel yang berkualiti dan penelitian dalam literatur yang melibatkan aspek teori serta aplikasi.



















