Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di bawah Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan telah mengadakan sesi bengkel penerangan ‘Outcome-Based Education’ pada hari Khamis, 8 September 2016. Sesi ini telah disampaikan oleh Prof. Madya. Dr. Syed Ahmad bin Sheikh Aljunid, yang merupakan seorang ahli akademik dari dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bengkel sehari itu dikelolakan di bawah naungan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan, Prof.Madya Dr. AB Rahim Ismail telah dihadiri hampir 40 orang para pensyarah akademik dan dekan fakulti.
Objektif utama bengkel ini adalah untuk membantu para pensyarah agar memastikan program akademik yang dikendalikan mematuhi ‘Outcome-Based Education’ (OBE) dan Piawaian Kod Amalan Program Akreditasi MQA (COPPA).
Antara topik yang diperbincangkan di dalam bengkel tersebut antara lain adalah penghasilan Program Education Objectives (PEO), Program Learning Outcomes (PLO) dan Course Learning Outcomes (CLO) berdasarkan piawaian yang diberikan oleh pihak Akreditasi Kelayakan Malaysia.
Para peserta menzahirkan penghargaan di atas menjayakan bengkel tersebut di mana ia melengkapi mereka dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan akan ‘Outcome-Based Education’ serta menggalakkan pembangunan akademik di kalangan ahli fakulti universiti.







