fbpx

Program Qurban/Aqiqah Eidul Adha 1437H di Chad, Afrika

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) baru-baru ini telah mengadakan Program Qurban & Aqiqah sempena Eidul Adha 1437H di Chad, Afrika dari 12-15 September 2016. Program ini adalah sebahagian daripada tanggung jawab sosial korporat universiti dan juga merupakan satu program komuniti untuk mengukuhkan hubungan dengan masyarakat Islam di seluruh dunia serta mendukung semangat ukhuwwah di kalangan umat Islam dalam semangat meraikan perayaan Eidul Adha.

Program ini merupakan usaha kerjasama dengan organisasi yang lain iaitu EZ Qurban Sdn.Bhd dan Persatuan Kebajikan Mahabbah Malaysia. Program ini telah diadakan di 25 lokasi berlaianan di Chad selain dari ibu negara Chad sendiri yakni di  N’Djameina. Lbih daripada 350 ekor lembu korban telak dilaksanan untuk program Qurban dan Aqiqah pada tahun ini. Pengagihan daging qurban juga telah diberikan kepada beberapa buah kampung berhampiran dangolongan dan keluarag yang memerlukan yang telah dikenal pasti oleh pihak Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam di Republik Chad antara lain adalah Pusat Pendidikan Islam, Institut Tahfiz Al-Quran, kem pelarian, rumah anak yatim dan lain-lain.

Program ini merupakan program tahunan yang dianjurkan oleh Jabatan Perhubungan Awam dan diketuai oleh Ustaz Jamaluddin Hussain, Ketua Perhubungan Awam; Encik Abdoulaye Mahamat Zakaria, Timbalan Dekan Jabatan Perkhidmatan Pelajar dan Encik Sakhairoune Adoum Soumaine, pegawai universiti yang berasal dari Chad.

Majlis Tertinggi Hal Ehwal Islam di Republik Chad, Sheikh Dr. Hussein Hassan merakamkam penghargaan kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Prof.Dr.Mohammad Khalifa Al-Tamimi dan pihak universiti itu di atas perlaksanaan program ibadah di Chad. Beliau juga menyatakan bahawa program ini adalah yang julung pertama kalinya dan ianya sangat bermakna kepada rakyat dan masyarakat Republik Chad. Beliau juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada kemurahan hati rakyat Malaysia di dalam menjayakan tersebut.