fbpx

Lawatan oleh Ahli Majlis Syura Persatuan Islam Eropah

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima lawatan oleh Sheikh Kareem Abdul Wali Mohammad Yousuf, Ahli Majlis Syura Persatuan islam Eropah pada hari Khamis, 15 September 2016. Sheikh Kareem juga merupakan seorang Imam dan khatib di Pusat Islam Helsinki di Finland.

Tetamu terhormat telah disambut oleh Yang Berbahagia Ketua Pegawai Eksekutif, Prof.Dr.Mohammad Khalifa Al-Tamimi di pejabatnya dengan tujuan untuk menegenali universiti dengan lebih dekat lagi serta melihat aktiviti-aktiviti pembelajaran pendidikan yang unik dan untuk menimba pengalaman dari universiti dalam memastikan kualiti proses pendidikan terjamin. Lawatan tersebut juga memberi peluang kepada beliau  untuk membincangkan peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan dengan pihak universiti.

Dalam lawatan itu, Prof.Dr.Mohammad Khalifa Al-Tamimi menyatakan bahawa sistem pendidikan universiti adalah berorientasikan penggunaan teknologi moden dan perintis dalam kaedah e-pembelajaran sejajar dengan sistem pendidikan global yang semakin berkembang. Beliau juga menegaskan komitmen universiti di dalam menyokong sistem pendidikan dengan menggunakan teknologi terkini di dalam kurikulum akademik.

Di akhir lawatan, Sheikh Kareem menzahirkan rasa kekaguman di atas kemajuan dan menyampaikan rasa kagum beliau terhadap pencapaian MEDIU dengan menyatakan di dalam buku tetamu, “Alhamdulillah, saya diberi peluang untuk melawat Universiti Antarabangsa Al-Madinah dengan lebih dekat lagi dan bertemu dengan Yang Dihormati Ketua Pegawai Eksekutif, Dekan Fakulti Bahasa dan Dekan Bahagian Kemasukan dan Pendaftaran. Saya gembira jika diberi peluang untuk bekerjasama dengan pihak universiti pada masa akan datang di dalam bidang advokasi dan juga pendidikan. Semoga Allah SWT memberikan ganjanaran kepada mereka yang berusaha dan semoga lebih berjaya pada masa mendatang.”