Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima kunjungan dari wakil Syarikat Taoq International PR, Encik Anas al-Rimi yang berpangkalan di Riyadh, saudi Arabia pada hari Isnin, 19 September 2016. Taoq International PR merupakan anak syarikat Kumpulan Arab Penyelidikan dan Pemasaran, Riyadh. Ketibaannya disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof.Dr.Mohammad Khalifa Al-Tamimi di pejabatnya dengan tujuan untuk aktiviti proses pembelajaran pendidikan yang unik serta untuk membincangkan cara kerjasama yang lebih erat dengan pihak universiti.
Semasa kunjungan itu, Prof.Dr.Mohammad Khalifa Al-Tamimi menyatakan akan kelebihan sistem pendidikan universiti yang berorientasikan penggunaan teknologi terkini dan juga sebagai perintis dalam kaedah e-pembelajaran dalam mengejar sistem pendidikan moden global. Beliau juga menegaskan komitmen pihak universiti untuk menyokong bidang pendidikan dengan mengguna pakai teknologi terkini di dalam kurikulum akademik. Syarikat Taoq International PR bekerjasama dengan Fakulti Bahasa di dalam menjayakan program ‘Mubeen’, yakni satu program latihan untuk penutur bukan Arab yang telah bermula pada bulan Ogos 2016 dengan pelbagai kursus yang bersesuaian dengan keperluan pemohon.
Taoq Antarabangsa PR (http://tawq.numu.media/) merupakan sebuah syarikat perhubungan awam khusus untuk membangunkan maklumat di dalam bidang perhubungan awam, bertujuan untuk menawarkan perkhidmatannya sebagai kumpulan sokongan dalaman untuk meningkatkan keupayaan di dalam bidang media elektronik serta pertukaran dan penyebaran maklumat di dalam bidang penyelidikan dan kajian khusus.




