fbpx

Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke-86 Arab Saudi

Universiti Antarbangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Kebangsaan ke-86 Kerajaan Arab Saudi pada hari Jumaat, 23 September 23, 2016 bertempat di Hotel JW Marriott, Kuala Lumpur. Acara ini merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Kedutaan Arab Saudi di Malaysia di bawah naungan Tuan Yang Terutama, Fahad Al-Rasheed, Duta Besar Penjaga Dua Masjid Suci di Kuala Lumpur.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh para tetamu kehormat antaranya barisan duta, diplomat, wakil-wakil media, ekspatriat Arab dan para pelajar yang berada di Malaysia. Majlis ini turut dihadiri oleh Yang BerbahagiaTan Sri Haji Noh Omar, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kerajaan Arab Saudi menyambut hari kebangsaan pada hari pertama bulan September 23 setiap tahun dan untuk memperingati penyatuan Kingdom dan penubuhannya di tangan Kebawah Duli Raja Abdul Aziz bin Abdul Rahman Al Saud.

Sambutan Hari Kebangsaan telah dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Prof.Dr.Mohammad Khalifa Al-Tamimi, diiringi oleh Encik Fuad Ahmad Umar Al’As, Pengurus Hal Ehwal Pentadbiran; Mr.Saad Hussain, Penasihat Jabatan Hubungan Luar,  Encik Jamaluddin Hussain dan Encik Ahmad Fallatah, wakil Jabatan Perhubungan Awam dengan kehadiran Prof. Datuk Syed Omar Syed Mohamad Al-Saggaf, Ahli Majlis MEDIU dan Mantan Duta Malaysia di Kerajaan Arab Saudi.