Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah melawat Kolej Pengajian Islam, Universiti Prince of Songkla, Thailand pada hari Isnin, 10 Oktober 2016. Lawatan itu diketuai oleh Mr.Abduloh Usof, Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat dan disambut oleh Dr.Ali Mahama, Pengurus Pusat Al-Wasatiyah.
Kunjungan tersebut bertujuan untuk membangunkan hubungan dan kerjasama diantara kedua-dua universiti, serta memberi makluman akan pencapaian dan berita terkini universiti khususnya di dalam pengiktirafan program-program akademik oleh pihak Agensi Kelayuakan Malaysia (MQA), yakni jumlah semasa adalah sebanyak 70 program akademik kini telah menerima status akreditasi penuh. perjumpaa tersebut juga telah dihadiri oleh wakil fakulti, Dr. Ayub Pattani dan Encik Abdel Kader.
Pada akhir lawatan itu, Buku Korporat MEDIU telah disampaikan kepada wakil PSU sebagai tanda penghargaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof.Dr.Mohammad Khalifa Al-Tamimi. ini. Akhir sekali, Dr.Ali Mahama mendoakan kemajuan dan kemakmuran MEDIU pada masa mendatang.

