fbpx

Sumbangan Naskah Al-Quran untuk SK Morib, Banting

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menyampaikan sumbangan naskah Al-Quran ke Sekolah Kebangsaan Morib di Banting, Selangor pada hari Khamis, 13 Oktober 2016. Mewakili SK Morib ialah Tuan Hj Syafie Muhammad, Pengetua, manakala pihak universiti  telah diwakili oleh Encik Mohd. Shahrin Ab Rahman, Ketua Jabatan Pemasaran. Majlis penyerahan sumbangan turut disertai Dato’ Sulaiman Karli, Ketua Bahagian Kuala Langat merangkat Pengerusi Hal Ehwal Kemasyarakatan Negeri Selangor dan turut hadir ialah Ketua Jabatan Perhubungan Awam, Encik Jamaluddin Hussain, Pegawai Jabatan Perkhidmatan Korporat, Encik Ahmad. Syakir Asri dan guru-guru SK Morib.

Ketua Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohammad Karli berkata, sumbangan Al-Quran tersebut amat diperlukan bagi melengkapkan kemudahan kepada para pelajar di sekolah. Encik Mohd Shahrin berkata pihak MEDIU sentiasa bersedia untuk memberi khidmat  kepada sekolah  tersebut dengan program-program pendidikan seperti sesi belajar bahasa Arab,  dimana MEDIU juga merupakan sebuah universiti yang mendidik pelajar untuk menguasai teknologi malumat di hujung jari. Mungkin pada masa akan datang, pelajar-pelajar disini  dapat melanjutkan pengajian di MEDIU bukan sahaja dalam Bahasa arab tetapi ilmu akademik yang lain, kata beliau.

“Sumbangan ini menunjukkan keprihatinan MEDIU dalam mengembangkan Islam di negeri ini, terima kasih saya ucapkan kepada MEDIU di atas kerjasama ini”, kata Tuan Hj Syafie Muhammad, Pengetua SK Morib.