fbpx

Lawatan Rasmi ke Universiti Dar Al Uloom (DAU), Riyadh

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengadakan lawatan rasmi ke Dar Al Uloom University di Riyadh, Arab Saudi pada hari Ahad, 30 Oktober 2016. Lawatan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi ditemani Encik Saad Al Hussein, Penasihat Bahagian Hubungan Luar dengan tujuan untuk mengeratkan hubungan antara MEDIU dan institusi pendidikan islam antarabangsa.

Delegasi MEDIU disambut oleh Rektor DAU, Prof. Abdullah S. Al-Mudimigh di hadapan Dr. Khaled Naser S. Alshuwairekh; Dekan, Kolej Pentadbiran dan Perniagaan Encik Mohammad Mohalhal AlRadeni, Pengurus Perhubungan Awam dan Media. Objektif lawatan tersebut adalah untuk mengenal pasti perarakan aktiviti pendidikan universiti yang unik serta menimba kepakaran di dalam bidang teknologi bagi memastikan kualiti proses pendidikan.

Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi telah membentangkan sejarah dan peranan universiti serta pencapaian akademik, khususnya di dalam program-program pengiktirafan akademik oleh Agensi Kelayakan Malaysia, dengan jumlah semasa 70 program akademik telah menerima status akreditasi penuh daripada 108 program yang ditawarkan oleh pihak universiti. Pada akhir lawatan itu, buku korporat universiti itu telah dihadiahkan sebagai tanda penghargaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan berharap untuk jalinan usahama dalam bidang akademik dan penyelidikan saintifik.

Universiti Dar Al Uloom (DAU) (http://dau.edu.sa/en/) merupakan sebuah universiti swasta di Arab Saudi yang ditubuhkan pada 2009. DAU menawarkan pelbagai program akademik yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Saudi Arabia.