Jabatan Pemasaran Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) akan mengambil bahagian di dalam Pameran EXCO PEMUDA 2016 Pameran seperti berikut:
Tempat: Putra World Trace Centre (PWTC), Kuala Lumpur
Tarikh / Hari: 27-29 November 2016 (Ahad-Selasa)
Masa: 9:00pagi-6:00petang
MEDIU mengambil kesempatan ini sebagai ruang untuk mempromosikan program akademik universiti itu kepada bakal pelajar sendiri dan juga untuk mewujudkan kesedaran kepada orang ramai mengenai program yang ditawarkan serta syarat kemasukan universiti.
MEDIU akan diwakili oleh:
- Encik Mohd Shahrin, Ketua Jabatan Pemasaran
- Encik Azzam Ehsan, Ketua Unit Media
- Encik Aymen Ayub, Ketua Unit Pelajar Antarabangsa
- Cik Nor Hanim, Eksekutif Pemasaran
Acara ini akan dirasmikan oleh YAB Dato ‘Sri Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan juga Presiden UMNO Malaysia.