Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) menerima kunjungan hormat dari Dar Al Ber Society, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang diketuai oleh Pengarah Eksekutif/Ahli Lembaga Pengarah, Encik Abdullah Ali bin Zayed Al Falasi pada hari Selasa, 24 Januari 2017.
Kehadiran tetatmu kehormat telah disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi di pejabatnya dan melahirkan rasa gembira untuk lawatan di dalam rangka kerjasama antara pihak universiti dan badan-badan kebajikan antarabangsa. Encik Abdullah Ali bin Zayed Al Falasi melahirkan rasa kegembiraan melawat MEDIU dengan lebih dekat khususnya di dalam penggunaan teknologi moden di dalam memberi sokongan kepada proses e-pembelajaran serta mencari ruang kerjasama yang berpotensi untuk menghidupkan semula program kebajikan di dalam menyumbang kepada aktiviti-aktiviti sokongan sosial masyarakat.
Pada akhir lawatan itu, beliau telah menyatakan di dalam buku pelawat, “Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, saya berpeluang untuk melawat Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) serta mendengar pandangan Ketua Pegawai Eksekutif dan aspirasi beliau di dalam membangunkan institusi ini. Saya memohon kepada Allah SWT untuk membimbing mereka dalam segala usaha mereka dalam dunia pendidikan. ”
Dar Al Ber Society (http://www.daralber.ae/) merupakan sebuah organisasi amal yang berpangkalan di Dubai, UAE yang ditubuhkan pada tahun 1978 oleh Kementerian Buruh dan Hal Ehwal Sosial. Misi organisasi adalah untuk menyediakan mereka yang memerlukan bantuan kemanusiaan, mencerminkan semangat persaudaraan yang mencapai perpaduan berdasarkan nilai-nilai kemanusiaan, semangat kebangsaan dan prinsip-prinsip Islam. Visi Dar Al Ber ialah untuk mencapai keadilan dan kesaksamaan melalui komunikasi yang berkesan dan semangat berpasukan dan mandat untuk mencari sumber-sumber untuk meningkatkan taraf hidup golongan miskin dan menyatukan budaya masyarakat Islam.
 
 





















