Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat Al-Madinah International University (MEDIU) sukacitanya mengumumkan pelancaran laman web rasmi fakulti http://fcit.mediu.edu.my/.Laman web tersebut merupakan adalah portal web yang direka dan diprogramkan dengan teknologi terkini yang terbaik untuk mencerminkan visi dan misi Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat.
Laman web ini memaparkan data dan maklumat berikut antaranya; pengenalan fakulti, mesej, visi, misi dan objektif, Perutusan Deka dan Timbalan Dekan, hal ehwal akademik dan kajian pascasiswazah serta penyelidikan saintifik. Laman ini juga memberi maklumat kepada para pelajar khususnya di dalam rancangan pembelajaran bagi setiap program dan kalendar akademik, perkhidmatan pelajar, pengenalan kepada sistem pembelajaran jarak jauh dan perkhidmatan e-learning.
Laman web ini juga mencerminkan struktur organisasi fakulti, aktiviti dan peristiwa semasa yang akan dikemas kini secara berterusan. Pihak universiti menyatakan rasa penghargaan kepada ahli pengurusan laman web FCIT di dalam pembangunan dan penyeliaan kandungan laman web antaranya Assoc. Prof.Dr. Wael Yafooz, Asst. Prof. Dr. Mamoun Jamous, Encik Yazeed AlSayed Ali Al Moayed, Encik Mahmoud Al-Khasawneh dan Encik Said Altahat.