Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah menerima lawatan delegasi kerja Fakulti Ppengurusan dan Teknologi Maklumat dari Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Kuala Kangsar, Perak yang diketuai oleh En.Husani bin Ibrahim, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Ir. Dr. Ahmad Faizul Shamsudin (Kluster Sains & Teknologi) dari Pusat Penyelidikan & Perundingan USAS pada hari Jumaat, 6 Oktober 2017. Delegasi tersebut telah disambut oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Hal Ehwal Akademik), Prof. Dr.Ab Rahim Ismail dan diiringi oleh Ketua Teknologi Maklumat, En. Zainul Azlan bin Ahmad Bashir di dalam rangka kerjasama antara MEDIU dan insituti pengajian tinggi yang lain, dengan objektif untuk melihat dengan lebih dekat orientasi sistem pendidikan universiti dalam kaedah e-pembelajaran.
Dalam lawatan itu, taklimat ringkas mengenai proses pentadbiran pendidikan universiti, gambaran keseluruhan Sistem Pengurusan Kampus (CMS) dan Sistem Pengurusan Lanjutan i-Pengurusan (ALiM) telah disampaikan oleh Encik Zainul Azhan Ahmad Bashir. Manakala, kakitangan Jabatan Teknologi Maklumat antaranya Asst. Prof. Dr. Ahmad Salah Mahmoud Al-Ahmad, En. Wan Nurussalam Qutbuddin Wan Abdul Aziz, En. Mohamad Zaman Shahri dan En. Yazeed AlSayed Ali Al Moayed telah menyampaikan maklumat berkaitan sistem pembelajaran atas talian universiti, laman dan struktur web universiti dan perisian kursus-kursus universiti.