fbpx

Memorandum Persefahaman-Hasoob Technology, Saudi Arabia

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah melangkah ke hadapan dalam melanjutkan jambatan kerjasama dan bergerak ke hadapan ke arah mencapai matlamat dan visi dengan menandatangani memorandum persefahaman dengan Hasoob Technology yang berpangkalan di Saudi Arabia pada hari Jumaat, 20 Oktober 2017 di dalam rangka kerjasama bidang teknologi.

Majlis tersebut ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen dan Pengarah Pentadbiran Perniagaan Hasoob Technology, Encik Khalid Mahamat Idriss Ahamat. Perjanjian tersebut disaksikan oleh Ketua Pegawai Teknologi, Encik Zainul Azhan Ahmad Bashir.

Perjanjian ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama di antara kedua-dua organisasi, terutamanya di dalam bidang latihan dan perundingan. Perjanjian selama dua tahun itu juga menetapkan peningkatan hubungan teknikal antara kedua belah pihak melalui pembangunan kapasiti dan pertukaran sumber inisiatif dan konsultasi dalam bidang teknikal bagi kepentingan bersama.