fbpx

Latihan Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE): Designing Program Learning Outcome and Course Learning Outcome for Academic Programs

Al-Madinah International University (MEDIU) mengadakan program latihan mengenai ‘Outcome Based Education (OBE)’ yang bertajuk ‘Designing Program Learning Outcome and Course Learning Outcome for Academic Programs’ pada hari Jumaat, 3 November 2017. Program latihan ini telah dianjurkan oleh Dekan Pembangunan dan Kualiti Universiti (DEUQ) dimana Asst. Prof. Dr. Omar Bahjet Abdulghafoor Al-Hadeethi; Pensyarah Fakulti Kejuruteraan sebagai jurulatihprogram latihan.

Latihan ini memberi tumpuan terutamanya pada pengenalan kepada pendidikan berdasarkan hasil (OBE), merancang kurikulum selaras dengan OBE, penilaian dan pengukuran.

Dekan Pembangunan dan Kualiti Universiti (DEUQ) telah menganjurkan pelbagai sesi latihan dan kursus untuk tahun 2017, terutamanya untuk kakitangan akademik dalam pelbagai bidang yang ingin menggunakan kemahiran dan pengetahuan baru mereka dalam situasi praktikal. Oleh itu, membantu kakitangan universiti untuk membangunkan kerjaya dan kemahiran mereka serta membina kelebihan daya saing.