Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) yang diketuai oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar berpeluang di dalam sesi gotong royong bersama ahli jawatankuasa surau untuk aktiviti pembersihan Surau Al-Muhajirin, Seksyen 16 di Shah Alam, Selangor pada hari Khamis, 20 Julai 2017. Para pelajar dari Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Bahasa telah mengambil bahagian di dalam aktiviti tersebut.
Para pelajar telah dipimpin oleh Saudara Hani Al-Duais, Saudara Abu Bakar Mohammed Gali dan Saudari Atiqah Shakirah binti Mohamad Shauki dan telah disambut oleh Ust. Hazrin, Pengerusi Surau Al-Muhajirin. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada para pelajar universiti di atas bantuan mereka di dalam membersihkan surau sebagai sebahagian daripada program kegiatan aktiviti pelajar.