Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) yang diketuai oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar berpeluang di dalam sesi gotong royong bersama ahli jawatankuasa surau untuk aktiviti pembersihan Surau Nurul Hidayah, Baru Tiga, Shah Alam pada hari Jumaat, 9 Mac 2018. Para pelajar dari Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Bahasa telah mengambil bahagian di dalam aktiviti tersebut.
Para pelajar telah dipimpin oleh Saudara Hani Al-Duais dan telah disambut oleh Ust. Ibrahim Ishaq, Pengerusi Surau Nurul Hidayah. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada para pelajar universiti di atas bantuan mereka di dalam membersihkan surau sebagai sebahagian daripada program kegiatan aktiviti pelajar.






