fbpx

Aktiviti Pelajar: Program Sukarelawan bersama Anak-Anak Yatim Yemen

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) yang diketuai oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah berpeluang menghadiri Program Sukarelawan bersama Anak-Anak Yatim Yemen di Global Modern International School (GMIS), Kajang Selangor pada hari Jumaat, 30 Mac 2018.

Aktiviti sukarelawan ini disertai oleh para pelajar pengajian Asasi dimana mereka telah mengadakan pertunjukan Nasyid dan telah diketuai oleh Saudara Hani Al-Duais dan pensyarah bahasa Arab, Encik Muhamed Wafiq Othman. Pihak universiti merasakan bahawa aktiviti sukarelawan sedemikian dapat membantu para pelajar untuk mendekati masyarakat di luar serta memperoleh keyakinan mereka dengan memberi mereka peluang untuk mencuba sesuatu yang baru.