Anugerah Khidmat Cemerlang Untuk Kakitangan Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) Bagi Suku Keempat Tahun 2015 telah disampaikan oleh Prof. Dr Muhammad Khalifa Al-Tamimi, Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU. Anugerah tersebut telah disampaikan pada majlis Himpunan Kakitangan Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) yang telah diadakan pada 8 januari 2016.
Telah mengguli Anugerah Khidmat Cemerlang pada kali ini ialah CIK Nur Syafika Farhana Suhaimi dari Jabatan Kewangan, En.Abdoulaye Mahamat Zakariya yang mewakili Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan En. Ali Abdallah Al-Manakhi yang merupakan kakitangan di Institut Pasca Siswazah
Pada himpunan yang telah diadakan di Dewan Tingkat 14 ini juga telah dibentangkan perkembangan dan gerak kerja yang telah terlaksana pada suku terakhir 2015. Ucap utama pada Himpunan kali ini telah disampaikan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi, Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU.
Y.Bhg. Prof. Dr. Muhammad Khalifa juga telah membentangkan berhubung perkembangan kursus yang telah ditawarkan di MEDIU yang telah memperolehi akraditasi dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan perkembangan kampus baru iniversiti yang kini dalam usaha melengkapkan bangunan tambahan yang terletak di Seksyen U1, Shah Alam. Bangunan yang terdiri daripada 15 tingkat itu sedang dilengkapi kemudahan ruang pusat pembelajaran dan akademik serta pejabat pentadbiran bagi menyediakan kemudahan asas yang lebih bersistematik, berkualiti dan bertaraf antarabangsa kepada para pelajar tempatan dan luar negara.
Y.Bhg Prof. Dr. Muhammad Khalifa juga mengucapkan tahniah kepada seluruh warga MEDIU yeng telah menjalankan kerja dengan penuh kesungguhan bagi memacu universiti hingga ke tahap ini. “Seluruh warga kerja MEDIU menunjukkan kualiti kerja yang amat memberangsangkan, Tidak ada sorang pun yang terkecuali dalam mempamerkan kualiti kerja yg cemerlang”. “Tahniah untuk kalian semua dan semoga Allah menggandakan ganjaran pahala yang berkekalan beserta rahmat yang penuh keberkatan”. Ujar Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al-Tamimi.