
Mediu tawar biasiswa untuk lepasan SPM bagi program pra ijazah ambilan Jun 2019, Sinar Harian (Kampus Uols) 23/5/2019 (Khamis)
Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah melancarkan biasiswa pengajian kepada pelajar-pelajar Malaysia lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang akan mengikuti Program Asasi (Pra Ijazah) dalam Bidang Pengajian Islam dan Bahasa Arab untuk pengambilan Jun 2019 berdasarkan kelayakan yang telah ditetapkan.
Menurut Ketua Eksekutifnya, Prof. Emeritus Dr. Ismawi Zen, Mediu mengambil keputusan ini adalah bagi memberi peluang kepada anak-anak tempatan untuk menyambung pengajian mereka, di peringkat menara gading dan persediaan selama satu tahun enam bulan bagi mengikuti pengajian di Peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian Islam dan Bahasa Arab.