fbpx

Artikel-Patuh arahan Ulil Amri ambil vaksin Covid-19 (Utusan Malaysia 22/10/2021)

Patuh arahan Ulil Amri ambil vaksin Covid-19 (Komuniti/Nasional, Utusan Malaysia 22/10/2021)

Pautan: https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/patuh-arahan-ulil-amri-ambil-vaksin-covid-19/

Golongan antivaksin yang masih enggan divaksin sebaiknya akur dengan arahan dan cadangan kerajaan Pusat untuk mengambil vaksin Covid-19, bukan sahaja demi kesihatan diri sendiri malahan untuk orang sekeliling terutama kaum keluarga.

Menurut Ketua Eksekutif, Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU), Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd. Othman, sebagai Ulil Amri sesebuah kerajaan mempunyai tanggungjawab menjaga kemaslahatan penduduk negara ini dari sudut kesihatan dan keselamatan.

“Dalam Surah An-Nisa’ ayat 83 antaranya bermaksud jika wujud perkara yang khilaf maka taatilah ‘Ulil-Amri’ (orang-orang yang berkuasa).

“Dalam isu pihak yang pro vaksin dan antivaksin sememangnya wujud khilaf masing-masing ada hujah. Maka sewajarnya cadangan kerajaan untuk rakyat mengambil vaksin perlu dipatuhi,” katanya ketika ditemui di Mediu Desa Petaling hari ini.

“Memang pengambilan vaksin tidak diwajibkan, tetapi setiap orang mempunyai tanggungjawab memastikan orang sekeliling mereka turut selamat daripada dijangkiti virus Covid-19.