fbpx

Bantuan Kemanusiaan MEDIU Menyusuri Ibu Kota Syria

Program Ibadah Qurban anjuran Universiti Antarbangsa Al-Madinah (MEDIU) telah Berjaya menyusur masuk ke Ibu Kota Syria, Damsyik. Walaupun terpaksa mengharungi suasana getir sewaktu di sempadan  tetapi dengan kesungguhan delegasi yang mengiringi bantuan, hasrat untuk menganjurkan ibadah Qurban di tengah-tengah ibu kota Syria yang menyaksikan kesengsaraan pendokong sunnah telah berjaya diadakan.

Di ibu kota inilah menyaksikan ketika ini jutaan ummat Islam kehilangan harta benda, pencarian sara hidup, keluarga tercinta dan tempat tinggal. Mereka tidak ada tempat bergantung kerana sebahagiannya gugur sebagai Syuhada’ dan sebahagian lagi dihalau dari kampung halaman dan bumi tercinta. Tidak ada sesiapa untuk diharapkan dan tidak ada tempat untuk di suarakan. Menyerah sepenuhnya kepada pencipta yang maha agung dan mengharapkan ehsan daripada insan yang masih ada sekelumit kasih sayang.  Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) yang diterajui oleh Putra Bandar Bin Salman, penasihat kepada Raja Abdullah bin Abd Aziz Al Soud  telah mengambil kesempatan dengan  melaksanakan Ibadah Qurban sambil membantu Ummat Islam yang amat memerlukan dengan penyertaan bersama daripada rakyat Malaysia yang prihatin

Menurut wakil delegasi untuk misi bantuan ini yang merupakan Pensyarah di MEDIU, Ustaz Anas Naji  “Pada tahun ini MEDIU telah Berjaya  melaksanakan Ibadah Qurban Idul Adha di tengah-tengah ibu kota Syria, Damsyik. Walaupun misi ini agak sukar tetapi dengan bantuan rakan-rakan yang masih  berada di bumi Syria serta pertolongan daripada Allah, program kemanusiaan ini  telah berjaya dilaksanakan dan diagihkan kepada saudara kita yang amat memerlukan”.

Kami amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang turut serta bersama MEDIU bagi menjayakan program membantu ummat Islam yang amat memerlukan ini. Semoga keprihatinan ini merupakan usaha membantu saudara kita di Syria yang jumlahnya melebihi 7 juta orang yang sedang menghadapi musibah kesengsaraan hidup, kehilangan tempat tinggal dan sumber pendapatan serta sentiasa dihimpit dengan serangan dan penindasan. MEDIU mengambil inisiatif untuk terus menganjurkan  program kemanusian ke Syria serta negara-negara lain yang memerlukan  dan menjadikannya sebaga agenda wajib bersama masyarakat antarabangsa.” ujar Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi, Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU