Program Ibadah Qurban anjuran Universiti Antarbangsa Al Madinah (MEDIU) telah berjaya menyusur ke Ibu Kota Syria, Damsyik untuk program Qurban Aidiladha 2013/1434H.
Di ibu kota Syria inilah menyaksikan jutaan ummat Islam kehilangan harta benda, pencarian sara hidup, keluarga tercinta dan tempat tinggal. Mereka tiada tempat bergantung kerana sebahagiannya gugur sebagai Syuhada’ dan sebahagian lagi dihalau dari kampung halaman dan bumi tercinta.
Menurut wakil delegasi, Pensyarah MEDIU; Ustaz Mohamad Anas Naji, “Pada tahun ini MEDIU telah berjaya melaksanakan Ibadah Qurban Idul Adha di tengah-tengah ibu kota Syria, Damsyik. Walaupun misi ini agak sukar tetapi dengan bantuan rakan-rakan yang masih berada di bumi Syria serta pertolongan daripada Allah, program kemanusiaan ini telah berjaya dilaksanakan dan diagihkan kepada saudara kita yang amat memerlukan. Kami amat berterima kasih kepada rakyat Malaysia yang turut serta bersama MEDIU bagi menjayakan program membantu ummat Islam yang amat memerlukan ini. Semoga keprihatinan ini merupakan usaha membantu saudara kita di Syria”.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU; Prof. Dr. Muhammad Khalifa Al Tamimi, pihak Universiti akan terus mengambil inisiatif untuk terus menganjurkan program kemanusian ke Syria serta negara-negara lain yang memerlukan dan menjadikannya sebaga agenda wajib bersama masyarakat antarabangsa.