Syarat-syarat Kemasukan
Syarat Kemasukan untuk Program Sarjana
- Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang telah mendapat sekurang-kurangnya Standard Minimum dari mana-mana universiti yang diiktiraf; ATAU
- Ijazah Sarjana Muda (tanpa Kepujian) dengan sekurang-kurangnya satu tahun pengalaman;
- Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara dengannya oleh Kerajaan Malaysia.
Kemasukan Terbuka
Kelayakan masuk terbuka (open entry) iaitu berumur tidak kurang daripada 35 tahun pada 1 Januari tahun permohonan dengan pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang yang berkaitan DAN lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Matrikulasi/ kelayakan yang setara dengannya; DAN mempunyai pengalaman dan pembelajaran terdahulu yang relevan dengan bidang yang dipohon.
Keperluan Bahasa:
• Bahasa Arab
Pemohon yang ingin memasuki program yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar, maka pemohon mestilah lulus MEDIU Arabic Proficiency Test (MAPT).
Pendaftaran Subjek:
Subjek Pra-Syarat untuk Pelajar Ijazah Sarjana yang Tidak Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam
Pendaftaran Program Sarjana untuk pelajar-pelajar yang bukan dari bidang Sains Islam, IPS memutuskan untuk memberi surat tawaran bersyarat.
Mereka perlu mengambil beberapa mata pelajaran pelengkap mengikut peraturan-peraturan seperti berikut:
- Tempoh pembelajaran mata pelajaran pelengkap tidak boleh melebihi 3 semester.
- Mereka dikehendaki untuk lulus mata pelajaran pelengkap tersebut dengan gred (baik).
- Purata terkumpul dalam mata pelajaran pelengkap hendaklah tidak kurang daripada (baik).
- Mereka tidak dibenarkan untuk mendaftar dalam program ijazah melainkan jika mereka lulus mata pelajaran pelengkap tersebut.
Mereka dibenarkan untuk mendaftar dalam program ijazah jika mereka hanya mempunyai satu atau dua mata pelajaran pelengkap sahaja. - Tempoh pembelajaran mata pelajaran pelengkap tidak termasuk dalam tempoh pengajian untuk program tersebut.
- Mata pelajaran pelengkap tidak termasuk dalam PNGK.
Mata pelajaran pelengkap yang perlu diambil oleh pelajar berkenaan adalah seperti berikut:
- History of Islamic law.
- Introduction to Quran sciences.
- Introduction to Islamic belief.
- Ideological invasion.
- Introduction in to the term of Hadith science.
—————————————————————————————————
Syarat Kemasukan untuk Program Sarjana Muda
- Lulus Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) / A Level dengan mendapat sekurang-kurangnya lulus penuh dalam dua mata pelajaran termasuk Bahasa Arab atau setara dengan mendapat PNGK 2.00 / Lulus Foundation / Matrikulasi yang berkaitan;
ATAU - Lulus Diploma dalam bidang berkaitan;
ATAU - Kelayakan lain yang setara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
Kemasukan Terbuka
Dengan mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan sekurang-kurangnya 5 tahun. Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun pada 1 Januari tahun permohonan; DAN lulus Penilaian Menengah Rendah (PMR) ATAU setaraf dengannya DAN mempunyai pengalaman dan pembelajaran terdahulu yang relevan dengan bidang yang dipohon.
Keperluan Bahasa
Bahasa Arab
Pemohon yang ingin memasuki program yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar dan di mana bahasa pertama pemohon adalah selain daripada bahasa Arab, pemohon mestilah lulus MEDIU Arabic Proficiency Test (MAPT).
—————————————————————————————————
Syarat Kemasukan untuk Program Diploma (tidak ditawarkan)
Kelayakan akademik untuk kemasukan ke Program Diploma di Universiti Antarabangsa Al-Madinah adalah seperti berikut:
- Sekurang-kurangnya tiga (3) kelulusan termasuk Matematik dalam General Certificate of Education “Ordinary Level” (GCE) ‘O’ Level Examination (UK Educational System);
ATAU - Lulus sekurang-kurangnya 3 kredit dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV);
ATAU - Mana-mana sijil dengan lulus dalam mata pelajaran Matematik dan pengalaman kerja yang diiktiraf oleh Universiti sebagai setaraf di atas
Keperluan Bahasa:
Jika kursus kemasukan memerlukan penguasaan bahasa berdasarkan medium kursus pengajaran, pemohon dikehendaki untuk memenuhi keperluan bahasa tertentu.
• Bahasa Inggeris
Jika bahasa pengantar kursus adalah bahasa Inggeris dan jika bahasa pertama pemohon adalah selain daripada bahasa Inggeris, pemohon dikehendaki untuk mendapatkan skor sama ada:
* 5.0 TOEFL (Test of English as a Foreign Language) atau
* 5.5 band IELTS (International English Language Testing Service)
Pemohon yang tidak mempunyai salah satu daripada kelayakan di atas, dikehendaki lulus MEDIU English Placement Test (MEPT) dengan sekurang-kurangnya 4.0 mata.