Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah mengadakan satu program bengkel mengenai ‘Pengurusan Risiko di Tempat Kerja’ pada hari Jumaat, 28 Oktober 2016. Program tersebut dianjurkan oleh Pusat Latihan dan Pendidikan Berterusan di bawah pengawasan Pengarah, Encik Abdulkarem Mohammed Al -Rawdhi. Program tersebut telah diketuai oleh Prof. Muhammad Hilmi bin Ahmed dan dihadiri ole hampir 30 kakitangan pihak universiti.
Antara tajuk perbincangan yang dibentangkan pada sesi bengkel tersebut adalah Pengenalan kepada Pengurusan Kualiti, Pengenalan kepada Pengurusan Risiko Tempat Kerja dan Pengurusan Sistem, Objektif Kualiti dan Manual untuk Organisasi, Rangka Kerja Risiko dan Penilaian untuk Syarikat Antarabangsa serta Standard Kualiti Malaysia dalam Aspek Pengurusan Risiko.
Pihak Universiti ini telah mengadakan pelbagai sesi latihan dan kursus bagi tahun 2016, terutamanya bagi staf akademik dalam pelbagai bidang kepentinganbagi membina kemahiran baru dan menimba pengetahuan dalam pelbagai situasi untuk membangunkan kerjaya dan kemahiran mereka dan membina kelebihan daya saing.