fbpx

Bengkel: Taklimat ‘Outcome-Based Education’

Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di bawah Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan telah mengadakan sesi bengkel penerangan ‘Outcome-Based Education’ kali kedua pada hari Khamis, 29 eptember 2016. Sesi ini telah disampaikan oleh Prof. Madya. Dr. Syed Ahmad bin Sheikh Aljunid, yang merupakan seorang ahli akademik dari dari Fakulti Sains Komputer dan Matematik, Universiti Teknologi MARA (UiTM). Bengkel sehari itu dikelolakan di bawah naungan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan, Prof.Madya Dr. AB Rahim Ismail telah dihadiri hampir 40 orang para pensyarah akademik dan dekan fakulti.

Objektif utama bengkel ini adalah untuk membantu para pensyarah agar memastikan program akademik yang dikendalikan mematuhi ‘Outcome-Based Education’ (OBE) dan Piawaian Kod Amalan Program Akreditasi MQA (COPPA), dimana sesi pertama dijalankan pada 8 September 2016 dimana  bengkel tersebut dapat melengkapi para peserta dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan akan ‘Outcome-Based Education’ serta menggalakkan pembangunan akademik di kalangan ahli fakulti universiti.