fbpx

Bengkel: Tips Penyediaan Geran Penyelidikan

Al-Madinah International University (MEDIU) baru-baru ini mengadakan sesi bengkel mengenai “Tips Penyediaan Geran Penyelidikan” pada hari Rabu, 12 Februari 2020 dan telah disampaikan oleh Profesor Dato’ Dr Abu Bakar Abdul Majeed; Rektor Universiti Teknologi MARA (Cawangan Selangor).

Program bengkel tersebut telah dikelolakan oleh Prof. Dr. Zainab Binti Abu Bakar dan Asst. Prof. Dr. Mahmoud Al-Khasawneh dari Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat, membincangkan pelbagai topik mengenai geran penyelidikan dan antara aspek utama adalah untuk mendapatkan kemahiran menulis cadangan penyelidikan yang berkesan untuk mendapatkan dana di mana sesi itu dihadiri oleh pensyarah fakulti.