fbpx

Bengkel:Pengurusan Bibliografi

Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat MEDIU telah mengadakan sesi bengkel Pengurusan Bibliografi pada hari Sabtu, 26 November 2016. Bengkel sehari ini telah disampaikan oleh Timbalan Dekan Fakulti Komputer dan Teknologi Maklumat, Dr. Wael Mohamed Shaher Yafooz.

Bengkel tersebut diadakan bertujuan adalah untuk melatih para pelajar menulis dan menyelaras artikel saintifik dan tesis menggunakan pengurusan bibliografi yang dapat meningkatkan kebolehan pelajar dalam penulisan artikel saintifik, di mana kebanyakan pangkalan data jurnal saintifik ISI/Scopus menggunakan pendekatan pengurusan bibliografi.