fbpx

Kategori: Berita dan Peristiwa

Dari Ketua Eksekutif MEDIU: Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H
Kiriman

Dari Ketua Eksekutif MEDIU: Selamat Hari Raya Aidilfitri 1442H

"تقبل الله منا ومنكم. في عيد الفطر نربط الفرحة بالطاعات. استمروا في المساعدات وفعل الخيرات. عيدكم مبارك، وكل عام وأنتم بخير"
Taqabbalallahu minna waminkum / Selamat Hari Raya Aidilfitri & Maaf Zahir dan Batin

Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd Othman-Ketua Eksekutif

Simposium Antarabangsa Bahasa Arab Kali Pertama
Kiriman

Simposium Antarabangsa Bahasa Arab Kali Pertama

Pusat Kecemerlangan dan Fakulti Bahasa Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Penyelidikan dan Kegiatan Ilmiah di Fakulti Bahasa Arab di Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (UniSHAMS), Kedah telah  menganjurkan ‘The 1st International Scientific Symposium for Arabic Language’ melalui dalam talian pada hari Isnin, 22 Mac 2021 dengan tema “The Contributions Of Scientific Institutions In Teaching Arabic To Non-Native Speakers, Experiences, And Aspirations”.

Memorandum Perjanjian MEDIU-Pusat Perkembangan Minda Darul Ridzuan
Kiriman

Memorandum Perjanjian MEDIU-Pusat Perkembangan Minda Darul Ridzuan

MEDIU telah melangkah ke hadapan dalam memperluas jambatan kerjasama dan bergerak maju ke arah mencapai objektif dan visi, serta berkaitan dengan organisasi tempatan. Pihak MEDIU telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MOA) bersama Pusat Perkembangan Minda Darul Ridzuan (PPMDR) pada hari Selasa, 9 Februari 2021 bagi mengukuhkan kerjasama dalam jaringan bidang akademik.

Keratan Akhbar-Isu halal haram:Bersihkan hati (Mingguan Malaysia 17/1/2021)
Kiriman

Keratan Akhbar-Isu halal haram:Bersihkan hati (Mingguan Malaysia 17/1/2021)

Isu halal haram:Bersihkan hati (Jejak Ulama, Mingguan Malaysia 17/1/2021)

Menurut tokoh Jejak Ulama kali ini, Ketua Eksekutif Al-Madinah International University (MEDIU), Prof. Madya Dr. Fadlan Mohd. Othman menyatakan sebaik-baik akhlak adalah mencontohi akhlak baginda Nabi Muhammad SAW dalam memelihara amanah bersandarkan ajaran Islam itu sendiri.

Ini berikutan isu penyalahgunaan label halal pada produk makanan baru-baru ini, di mana isu berkaitan tidak akan berlaku jika pihak yang diberi tugas menjaga amanah yang diberikan.

“Pihak terbabit perlu akur dan memahami bahawa umat Islam dianjurkan mencari makanan yang ‘halalan toyyiban’ sepanjang hayat mereka, Maka pihak terbabit perlu sentiasa peka terhadap perkara tersebut.