Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU Prof. Dr. Mohammad Khalifa Al-Tamimi telah Mengadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail pada 17 Ogos 2016 baru-baru ini. Turut berangkat pada majlis itu ialah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalalullail manakala hadir sama Ybhg. Sahibus Samahah Prof. Madya Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Bin Zainul Abidin Mufti Negeri Perlis, Ybhg. Dr. Haji Hazman Bin Hassan Pengarah Jabatan Agama Islam Perlis, Ybhg. Tuan Haji Mohd Nazim Bin Mohd NoorPemangku Ketua Pegawai Eksekutif, Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis dan Mejar (K) Dr. Mohd Mizan Bin Mohammad Aslam Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), En. Jamaluddin Hussain Ketua Jabatan Perhubungan Awam MEDIU.
Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU tujuan menghadap Tuanku adalah untuk menyampaikan perkembangan Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) yang baru sahaja menginjak usianya ke 7 tahun dan telah mencapai beberapa perkembangan yang memberangsangkan dengan mempunyai penuntut seramai lebih daripada 5000 orang dari 90 buah negara dan pada masa yang sama MEDIU juga telah menawarkan lebih dari 90 program akademik, menubuhkan beberapa pusat khidmat pembelajaran serta mempunyai lebih daripada 250 orang kakitangan tetap dan sukarelawan antarabangsa di seluruh dunia, sebahagian besarnya menetap di Malaysia. “Kami juga meluahkan rasa bangga dan bertuah menjadi sebahagian daripada agensi yang berperanan merealisasikan cita-cita kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai ‘Pusat Kecemerlangan Dalam Sektor Pendidikan tinggi’ di peringkat dunia”. Ujar Prof. Dr. Mohammad Khalifa.