fbpx

Perbincangan bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Tentang Isu Pelajar Malaysia-Mesir

[slideshow id=171]

Universiti Antarabangsa Al-Madinah ( MEDIU ) telah menghadiri satu perjumpaan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan; Encik Zainal Abiddin Bin Jaffar yang bertempat di pejabat beliau pada Khamis, 19 September 2013. Pertemuan itu telah diadakan bagi membincangkan lebih lanjut mengenai pembiayaan pelajaran untuk pelajar Malaysia di Mesir yang dibawa pulang ekoran keadaan tegang yang sedang berlaku di negara Timur Tengah itu.

Dalam sesi itu, Encik Zainal Abiddin Bin Jaffar telah menyuarakan kebimbangan beliau mengenai keadaan pelajar-pelajar Malaysia- Mesir dan bercadang untuk menggunakan dana majlis agama bagi membantu pelajar-pelajar Al -Azhar di Mesir untuk meneruskan pengajian akademik mereka di MEDIU . Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menyatakan kebimbangan dan kesediaan mereka untuk menyediakan peluang pembiayaan kepada pelajar MEDIU khususnya bagi pelajar yang tinggal di kawasan wilayah persekutuan seperti Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

MEDIU ini telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Akademik Prof. Prof Dr Wan Mat Hj Sulaiman; Mr.Shahrin Ab Rahman ; Ketua Pemasaran dan Encik Jamaluddin Hussain ; Ketua Perhubungan Awam. MEDIU turut menyatakan  kesediaan untuk menampung tempat bagi pelajar-pelajar Al-Azhar yang berhasrat untuk meneruskan pengajian mereka melalui kaedah pembelajaran di dalam kelas yang berpusat di Shah Alam, Selangor.

Prof. Dr Wan Mat Hj Sulaiman juga ada menjelaskan sebanyak 90% modul pembelajaran akademik MEDIU adalah diguna pakai dari Universiti Al -Azhar dalam bidang Pengajian Islam dan bahasa Arab. Oleh itu, ini akan memudahkan para pelajar untuk menyesuaikan diri dengan cepat dengan persekitaran universiti dan lebih mudah untuk proses pemindahan kredit. Tambahan pula , kebanyakan pensyarah adalah berasal dari kawasan Timur Tengah yang berkelulusan daripada universiti-universiti Islam terkemuka seperti Universiti Al -Azhar, Universiti Islam Madinah dan Universiti Jordan.

Beliau juga menyatakan rasa gembira di atas kepercayaan yang diberikan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk membantu membiayai pelajaran para pelajar. “Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan khususnya Encik Zainal Abiddin Bin Jaffar merangkap Ketua Pegawai Eksekutif  bagi jemputan untuk menghadiri mesyuarat ini dan kami akan merebut peluang ini untuk membantu para pelajar Universiti Al -Azhar bagi membolehkan mereka melanjutkan pengajian  di MEDIU .”