fbpx

Pertemuan bersama Dr. Naif Al-Ajmi, Bekas Menteri Kehakiman dan Wakaf di Kuwait

Ketua Pegawai Eksekutif MEDIU, Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi telah berkesempatan untuk bertemu Dr. Naif Mohammad Al-Ajmi, Bekas Menteri Kehakiman dan Wakaf Kuwait pada hari Selasa, 25 Okt 2016. la merupakan sebahagian daripada lawatan kerja rasmi beliau ke Kuwait termasuk beberapa badan-badan organisasi Islam di dalam meningkatkan visi dan misi menyeluruh universiti di dalam menjalin hubungan kerjasama dengan tokoh-tokoh Islam yang disegani.

Dalam pertemuan itu, Prof. Dr. Mohammed bin Khalifa Al-Tamimi membentangkan akan sejarah dan perkembangan universiti serta pencapaian akademik khususnya di dalam program-program pengiktirafan akademik oleh Agensi Kelayakan Malaysia, dengan jumlah semasa 72 program akademik telah menerima status akreditasi penuh daripada 108 program yang ditawarkan oleh universiti.

Dr. Naif Mohammed Al-Ajmi merupakan seorang peguam bela, imam, pendakwah dan ahli akademik Islam di Fakulti Undang-undang, Universiti Kuwait. Beliau memegang ijazah dari Fakulti Undang-Undang, Universiti Kuwait pada tahun 1996 dan PhD dari Fakulti Syariah Darul Ulum pada tahun 2004 di Universiti Kaherah dan mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang pelaburan kewangan dan hartanah.